Thursday, December 2, 2010

Kembalikan "GEGARAN" dalam Cintamu

Tak kiralah jika korang dah lama atau baru bercinta, korang kena pastikan hubungan tu sentiasa segar dan menarik.  Ok, kat bawah ni ada beberapa TIPS, cubalah mana 1 yang korang suka =)

Basically TIPS ni aku amik dari Majalah Cosmo (tiap2 bulan tu aku beli!). Ok, aku share kan kat sini special untuk follower and korang I mean silence reader. I know you were there ;)


  • Segala-galanya cukup ceria dan menggembirakan pada peringkat awal perhubungan. Korang dah buat banyak benda sama2 - tgk wayang, lepak2 kat shopping mall, makan kat restoran2 baru.  Apa lagi yang boleh dilakukan agar percintaan kekal best? So korang kenalah baca sampai habis yer =)

NOTA CINTA.  Letakkan nota dengan pesanan "nakal" dalam wallet dia.  Bila dia nak bayar sesuatu nanti, sure korang akan berada dalam otak dia je nanti.  Frust! yang ni aku tak sempat2 nak buat lagi ;(  Note tu still ade dalam wallet aku. Tak menyempat nak letak dlm wallet dia lagi..Aiyakk..nak habis tahun dah..


BERCANDA MAKANAN.  Misalnya, saling menyuap aiskrim atau kek.  Kira boleh diterimalah ni, sure seronok nanti.. Aiskrim? bila last aku makan aiskrim ek?? Kek last dia suap kat aku masa kat umah mak dia masa raya haji ari tu.  and, bila last aku suap dia ek..hehe..uwaaa =( x ingat!!


UMPAN DENGAN HADIAH.  Tentukan 1 hari untuk korang and si dia p shopping hadia masing-masing.  Takyah la letak harga tinggi.  Contohnya, apa yang korang boleh beli dengan harga RM10 dalam masa 5 minit.  Sure best kan? Hmm..bila ek bleh buat? Weekend je sibuk p wedding cemana nak shopping hadiah?? Takkan nak bertukar2 telur wedding kot..hikhik


LAKUKAN "PROJEK" SETAHUN.  Bukan benda pelik, tapi projek ni membabitkan korang merakamkan gambar setiap hari selama setahun.  Hikhikhik..alhamdulillah..aku punya projek pun otw..tapi xde lah tangkap gambar tiap2 hari..Macam aku simpan suma resit makan, tiket wayang and apa2 la yang kitorg wat bersama..Simpan elok2 dalam album. And kitorg bertuah gak sebab Diamond & Platinum ada bagi diari..so leh la tulis suma coretan pasal kitorang dalam tu..Nanti leh la wasiatkan kat anak2..Huyooo!! Tingginya angan2ku ;)


HANTAR MESEJ.  Hantar sms to each other walaupun korang ada dalam 1 majlis. Sure romantikkan? Hehe. Teringat dulu dia penah datang opis aku sbb ade meeting. Ngengada! Walhal dok depan meja aku je..Sambil2 borak2 ngan opismate aku bleh dia sms aku..Gatal! Love you la sayang!! ;)

"PERLAWANAN" JANJI TEMU.  Apa sahaja yang korang buat sama2 boleh ditukar menjadi 1 perlumbaan.  Contohnya, gusti ibu jari, boling, atau siapa ingat paling cepat tempat parking.  Huh! Nasib baik ari tu aku menang boling. Dah la betting sapa kalah kena belanja makan sebulan. Hukhuk!! selamat poket aku..Wee..ala kalo kena belanja pun apa lah sgt kan? Untuk yg tersayang jugak ;) Masa World Cup ari tu kitorg betting gak..Hoyeee..aku menang..So, dia belanja Genting! ;)  


AKSI 0-SOM.  Korang ingat lagi tak permainan ni? (ala rock, paper, scissors tu!). Gunakan untuk membuat keputusan seperti nak tgk filem apa or nak makan ape. Hmm..tapi selalunya walaupun dia yang kalah o-som, still aku jugak kena decide tempat makan..hehe


JOM ROAD TRIP.  Bila tiba masanya untuk travel bersama, cipta tradisi baru seperti berhrnti di setiap pekan  untuk mencuba makanan/minuman tempatan. Hmm..yang ni kami x cuba lagi. Eyh, pernah buat kat Melaka je rasanya and kat Ipoh. Bila balik umah mak dia sure dia akan bawak p tempat makanan kegemaran dia.


PAKAIKAN BAJU.  Yang ni khas untuk yang dah kawen je ye.  Mungkin dah biasa isteri pilihkan and pakaikan baju untuk suami. So, this time bagi peluang kat encik suami untuk pilihkan dan pakaikan baju yang dia nak korg pakai p dating. Hehe..Setakat ni, encik tunang ni sangat prihatin bab pakai saya, nak beli baju kena jadi model depan dia. So high taste dia ni. Kadang2 try banyak2 1 pun dia tak berkenan. Tapi selalunya bila nak p memana kitorg akan saling bertanya, 'syg, u pakai bj ape?' 'ok x i pakai mcm ni?'


BUNGA UNTUKNYA.  Ya, lelaki memang suka nampak macho! Tapi, sebenarnya if korang order delivery sejambak bunga kat opis dia, sure dia suka?? Hoho..yang ni aku agak confuse sebenarnya. betul ke lelaki suka bunga?  Wahai lelaki2 tlg jawab k..Hehe..so far aku x pernah hantar bunga kat dia..Dia selalu la ;)


BUAT REMINDER.  Buat dalam kalendar hp dia. Contohnya, "rindukan sidia? Call dia sekarang!" Aku pernah buat sekali. Yang kelakarnya, alarm tu berbunyi masa kitorg tgh merajuk.  Confuse dia sekejap. Bila masa la aku wat alarm ni..Haha..Terus baik dari merajuk..Hehe 
   * Sekarang ni, nak buat through FB pun ok jugak if korg x berkesempatan nak buat kat HP dia =)


SAMA HOBI.  Belajar benda baru bersama seperti fotografi, memasak atau menari.  Bakat baru macam ni sure lagi rapatkan korang. Macam we all mmg gila gmbr..Konon2nya nak jadi mcm citer Lagenda Budak Setan la..Koleksi Kasya kan gambar Ayu..hehe


LAWAN MASAK.  Tengok siapa yang mampu sediakan hidangan best gunakan apa yang ada dalam peti sejuk. Hehe..yang ni x pernah buat lagi..Setakat dia masak his favourite and ajar how to buat. So senang bila dah kawen kot2 dia ngidam nak mkn yg itu..hehe ;)






by chrysalis.estrella

No comments: