Hidup ni subjektif
Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku kelak
Mungkin sekarang kita bahagia
Dikurniakan keluarga yang penyayang dan sahabat-sahabat yang memahami
Kerjaya yang bagus dan kewangan yang stabil
Tapi kadang-kadang hidup itu macam roda
Kamu beruntung di bahagian itu tapi kamu gagal di bahagian ini
Kadang-kadang kesian tengok
Sebab kamu seolah-olah terlalu berharap dengan nasib
Kamu mengadu kamu benci dia
Kamu tak tahan dengan sikap selfish dia
Tapi kamu masih kukuh berdiri di sisi dia
Kerana kamu yakin dia sayangkan kamu
Walhal aku tengok sayang kamu lebih banyak
Dari sayang yang dia tunjukkan
Kadang-kadang otakku ligat berfikir
Kenapa dia yang tetap kau tunggu
Sedangkan kau masih muda
Punya rupa dan kerjaya yang baik
Namun kau tetap memilih dia
Kerana kau yakin suatu hari nanti dia pasti berubah
Please dear friend! Hidup berumah tangga itu lebih berat
Kalau sewaktu bercinta dia tidak hargai kau
Selepas berkahwin dia akan lihat kau lebih teruk lagi
Hidup berumah tangga itu indah
Jika kau temui pasangan yang tepat
Yang mampu memahami kau luar dan dalam
Yang sentiasa sabar dengan kerenah aneh kau yang di luar pemikiran waras
Yang mampu kau tumpahkan air mata sewaktu sedih dan terharu
Yang kau mampu rindui saban waktu
Yang mana hilang bayangnya kau rindui baunya
Tapi hidup itu terlalu luas
Tidak cukup cinta semata-mata
Jika sebelum berkahwin kau rasa kau mampu hidup bersama
Dengan lelaki yang tak punya apa-apa
Kerana pada kau cinta itu sudah cukup
Tapi percayalah! Cinta sahaja tidak cukup
Mampukah cinta memberikan kau makan
Mampukah cinta memberikan anak-anak kau pendidikan
Mampukah cinta memberikan kau ketenangan
Jika saban waktu yang kau gaduhkan itu duit
Tak ada duit nak beli keperluan rumah
Tak ada duit nak beli kelengkapan anak-anak
Tak ada duit nak berikan pendidikan pada anak-anak
Oh! Patut la ramai wanita muda kahwin lelaki tua
Oh yang itu aku no komen
Tak perlulah kejar lelaki tua
Yang sudah layak digelar ayah
Semata-mata mahu hidup senang
Cukuplah seorang lelaki baik yang punya pekerjaan yang tetap
Yang mampu sara kau dan keluarga
Cuma perlulah berpijak di bumi yang nyata
Jika suami tu kerja kerajaan
Takkanlah kau nak paksa dia belikan kau beg Coach, LV or Hermes
Semata-mata nak ikut trend semasa
Pakailah mengikut kemampuan
Walaupun makan dan pakai isteri itu tanggungjawab suami
Tengoklah jugak kedudukan kewangan dia
Macam yang aku cakap tadi
Hidup ni kau yang pilih
Kalau kau rasa kau cintakan lelaki yang tak punya apa-apa
Jadi janganlah kau bermimpi nak makan dan pakai mahal
Sebab mungkin kerana dia sayangkan kau
Dia tak kisahpun kau comot
Dia tetap sayangkan kau
Tapi kalau kau rasa cinta dan kewangan perlu seiring
Maka carilah yang ada kerja
Yang pada lazimnya tak suka perempuan comot
Kau kena bergaya mekap dan pakaian
Dan mungkin kadangkala fesyen pun dia tentukan
Terpulang kerana hidup itu kau yang pilih
Ada juga yang baru lepas grad dari universiti tempatan
Belum sempat pun rasa apa itu susahnya kerja
Tapi disebabkan ada rupa
Dia disambar jutawan muda
Maka kerjalah dia dengan suami sendiri
Suka hati la nak masuk pejabat pukul berapa dan nak balik pukul berapa
Sapa nak marah? My husband is the boss
Tiap-tiap bulan dapat gaji
Tapi gaji bulan-bulan lepas pun tak berusik lagi
Dapat pulak lagi elaun sara diri dari suami
Tiap-tiap hari hanya fikir holiday trip
Nak kemas umah maid dah ada
Tiap-tiap hari surf internet tengok new collection of handbags
Handbag-handbag yang sedia ada tu
Ala jual la balik murah-murah
Malas la nak pakai lagi
Ada juga yang memilih kahwin dengan navy
Kalau pegi Sabah Sarawak diorang memang suka askar ni
Especially orang semenanjung
Memang diorang titik betul-betul la
Mintak hantaran tinggi-tinggi
Ada yang ikut jumlah tiang rumah
Ada yang ikut jumlah kacukan
Yang dapat kahwin dengan pegawai untunglah
Tapi ada juga yang tertipu
Kahwin dengan pilot navy
Bukan pilot bawa kapal terbang tapi bawa kereta
Tapi jangan kau pandang rendah pada mereka
Bila duduk bersembang mereka bercerita
Betapa payahnya mereka bekerja siang dan malam
Untuk memberikan keselesaan kepada si isteri
Siang mereka memandu
Gaji tu la yang berapa kerat sangat setelah ditolak semua hutang-hutang
Malam-malam memandu teksi pulak
Tapi mereka bijak
Beli rumah dan sewakan
Mereka duduk di kuarters
Duit semua kasi kat isteri
Kadang-kadang fikir
Wah! Isteri driver lagi mewah
Ada seorang lagi saya jumpa
Rajin budaknya
Tidak pernah berkira jika diberi tugasan
Sentiasa positif
Tapi lama kelamaan saya musykil
Kadang-kadang dia begitu romantik menjawab panggilan
Kadang-kadang begitu kasar
Rupa-rupanya yang beromantik itu dengan kekasih gelap
Dan berkasar dengan kekasih terang yakni si isteri
Hai!! Dunia dunia
No comments:
Post a Comment