Friday, November 18, 2011

Superstar Libra


Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan
Jauh saya belayar
Meninggalkan bumi Malaysia
4 hari 3 malam
Saya di tangah samudera
Membelah lautan luas ciptaan Allah

Hampir-hampir saya berpatah balik
Tapi dalam hati berani ke nak suruh balik
Pakej suma dah bayar
Lesson learn 'always check your passport'
Cemana lah boleh tak perasan
Passport saya akan mati Jan 2012
Nasib baik Imigresen Phuket & Krabi kata okay

12 hingga 16 November yang lepas
Saya dan suami
Try holiday cara baru
We are going on the cruise

Superstar Libra Cruise
Station in Penang
Route dia Penang-Phuket-Krabi-Penang

Kalo naik yang kat Klang sampai Langkawi je kalau tak silap
Kalau naik yang kat Singapore sampai Hong Kong

Naik cruise sama mcm naik kapal terbang jugak
Okay cruise belayar jam 1700
So kena check in 1300 hingga 1500
Check in luggage dekat ground floor Penang Port

Then check in passport kat level 1


 
Masa check in passport ni dia akan kasi kita access card untuk bilik

Then masuk la dalam check hand luggage suma
Lepas clear imigresen checking
Security staff akan ambil passport kita dan simpan
Masuk la ke dalam perut kapal
Masa nak masuk kapal tu dia akan swipe access card kita menandakan yang kita dah onboard
Tak perlu dah nak muster manifest suma macam kapal perang kan
Kat sini pun dia akan scan hand luggage suma

Then kami pun naik la bilik kat deck 3
Suka ati la nak naik lift ke nak naik tangga separuh pusingan tu ke
Bilik dia tak la besar macam hotel
Tapi suma facilities ada kat dalam tu
Paling best sabun and shampoo suma dalam dispenser

Cuma tekan sahaja
Hair dryer pun ade
Toilet dia macam dalam flight
Once you flush dia akan sedut keluar
Bunyi sebijik dalam kapal terbang
Tapi beza dia bila2 masa nak masuk toilet pun boleh
Kalau dalam kapal terbang cuaca tak baik je tak boleh p kan

Then we all p lunch dulu
Kat dalam cruise ni kitorang makan 4x sehari
breakfast, lunch, dinner and supper
Korang boleh pilih nak makan kat restoran mana
Kalo minat Chinese Cuisine
Boleh la makan kat Ocean Palace kat deck 4
Kalo minat Western boleh makan
Kat Four Season kat deck 4
Kalau minat international foods
Boleh la makan kat Mariners Buffet kat deck 9
Mariner Buffet ni no pork area
Four Seasons & Ocean Palace ada pork jugak

Before belayar
Cruise buat emergency drill
In case jadi emergency kan


First lunch kami makan Ocean Palace
Then p kat open deck at deck 9 and 10
Nak rasa indahnya angin ciptaan Allah masa cruise mula keluar
Diiringi live band
Diorang panggil benda ni Sail Away Music with the Blush Show Band



Band from Philipines
Memang best gila
Then dinner kat Mariners Buffet
Tapi we all makan tepi kolam renang je

Malam tu saya pengsan awal
Suami sempat la berjalan-jalan explore semua isi perut cruise
Sampai sempat supper lagi
Makan nasi yang tak tahan tu
Haish! Rosak diet tu sayang

Cruise ni ada 10 decks
Ada dua kolam renang dan 2 jacuzi kat deck 8

Ada casino kat deck 5

Ade hawkers kat deck 10
Boleh la p sape yang minat makanan ala-ala gerai tu kan
Jus and beer memang diorang akan sentiasa offer bila korang melepak2 kat area deck 8 and 9
Cruise memang ada macam2 aktiviti
Kalo minat boleh la join kalau malas tido je la
Hehe

14 0900 Nov 11
Sampai Phuket
So sesapa yang rasa nak turun cruise
Nak merayap2 kat Phuket
Boleh la ambil nombor kat deck 5
Sementara nombor dipanggil untuk naik bot
Diorg organize la games
Kelakar and quite interesting

Sampai-sampai jeti
Memang ken ahurung lah ngan pengusaha Tuk Tuk dan Kereta sewa
Naik Tuk Tuk mahal
So we all sewa van je
Sehari 800 bhatt

So we all p Phuket Shooting Association
Besar la jugak
Sebab international level
Go Kart, Shooting, ATV sebelah-sebelah je
My husband main go kart je
890 bhatt
Tapi diorang memang pandai buat bisnes
Diorang jual video masa uols berlumba tu 860 bhatt & gambar 200 bhatt

Lapar la pulak kan
So lunch kat Phongphang Seafood Restaurant
Tepi laut
Tapi yang tak bestnya anjing berkeliaran bersepah-sepah
 Sebelum masuk restoran sempat la makan coconut ice cream
Sedap!
Tapi restoran ni mahal jugak la
2000 bhatt
Makan x banyak pun

Then we all p Sri Bhurapa Orchid
Gajus macam-macam perisa ada
Walaupun duit dia lagi murah dari kita
Mahal tu barang-barang dia

Then driver bawak kitorang p
Wan Talang International Lapidary
Jual pearl, gem and souvenir
Tak beli apa pun
Cuci mata jer

Last stop
P Hard Rock
Apa lagi shopping baju ler
Yess dapat Tshirt lagi

Siap dapat free keychain

Nak balik cruise awal lagi
So merayap la
tengok-tengok baju tepi jalan ni ha
Suasana macam Petaling Street

Jauh kami jalan kaki
P Jungceylon Shopping Centre
Tak de apa yang menarik pun
Foot massage la jap
200 bhatt per hour

Nak balik cruise jalan kaki
Tak larat dah
So naik Tuk Tuk
200 bhatt
Mahal!

Sampai jeti
Security staff check access card
sampai bot check lagi access card
Sampai cruise swipe card and scan suma hand luggage

Lapar lagi
Dinner kat Mariners Buffet
Sambal belacan dia sedap gila
Then tdo
Ngantuk gila
Husband berendam dalam jacuzi
Seronok dia kata bila cruise mula bergerak and u dalam jacuzi
Pergh!

Esok pagi kol 9 dah sampai Krabi
Lesson learn hari ni ambil nombor cepat2
Bila sampai bot rasa macam
Yooo cantiknya pulau

P Krabi tak de tujuan sebenarnya
nak p Phi Phi Island
Ambil masa
Nak p James Bond Island pun ambil masa
So kami merayap kat atas land jer
kat area Ao Nang je

Sewa Toyota Fortuner
1300 bhatt
P Krabi Pearl
Mahal
kat Krabi hanya beli asam ngan fridge magnet je




 
Then ajak driver p pantai nak buat hair braids ngan spa la kononnya
Alih alih buat foot scrub je for 200 bhatt
tengok mat saleh relax je bukak 2 piece dia masa massage
Ish aku pulak yang segan-segan

Sebelum balik sempat makan Nutela banana pancake
Lebih sedap dari Phuket
memborong anting-anting

Murah gila
20 bhatt je 1
Kalo kat Malaysia mahu berpuluh ringgit tu

Sampai cruise berjacuzi bersama encik suami
Chop chop nak p Gala Dinner
Pakai vogue
Rupanya nama tak de dalam list
Pelik eh
Confirmation card kitorang xde
Alih alih bergala dinner kat Mariners je
Hehe

Esoknya suma terlajak bangun tdo
Cruise sampai Penang kol 1000 pagi
Tapi kami check out pukul 1100

Percutian yang menyeronokkan
Tak letih macam p resort mana-mana










No comments: