Friday, November 25, 2011

Emas Sebagai Pemegang Nilai

Wanita dan emas
Bagai aur dengan tebing
Tak boleh dipisahkan
Walaupun kebanyakan daripada kita
Mungkin suka perhiasan yang terkini
Perhiasan dempak
Bangle
Glamorous of Pandora

Namun emas tetap menjadi perhiasan wajib
Walaupun ia sekadar anting-anting kecil di telinga

Harga yang tinggi menyebabkan ia sukar dimiliki
Emas sering dikaitkan dengan wanita
Kerana nilainya yang tinggi

Jika terjadinya perkahwinan
Selalunya emas dijadikan pengikat
Cincin tanda
Cincin tunang
Cincin kahwin

Namun selalunya harga hantaran melebihi harga mas kahwin
Sedangkan umum sedia maklum bahawa
Mas kahwin itu umpama nilai seorang wanita
Adanya yang meminta Al-Quran sebagai mas kahwin
Tidak kurang juga banglo bagi yang berharta

Setiap negeri telah menetapkan nilai tertentu mas kahwin
Ada yang mahal dan ada yang agak murah

Cuma nasihat saya kepada yang akan melangsungkan perkahwinan
Cuba minta bakal suami tukarkan wang kertas itu kepada emas
Daripada dia berikan duit beratus atau beribu itu
Kan lebih baik sekeping emas yang mampu memegang nilai
Yang mana nilainya tidak akan pernah turun

Daripada nilai wang kertas seribu ringgit
Lebih baik minta si dia tukarkan kepada sekeping dinar
Yang berharga RM800
Kerana di masa hadapan belum tentu nilainya kekal RM800


Melalui pengalaman saya
Suami memang telah berniat
Akan menghadiahkan sekeping emas 50g kepada isterinya
Pada Mac yang lepas sekeping emas itu harganya RM7800
Dan sekarang November
Harganya adalah RM9300
Cuba bayangkan kenaikan RM1500
Dalam masa hanya 8 bulan




1 comment:

Nur Kasih said...

bunga emas pun ok kn? hihi..