Thursday, May 26, 2011

Blue


Ini BLUE bukan sebarang BLUE
Dan tak mungkin anda jumpa BLUE ni di pasaran gelap atau pasaran terang
Sebab?
Ia istimewa untuk anggota tentera sahaja

Starter pack yang berharga RM8.50
Berserta top up RM10 menjadikan starter pack ni berharga RM18.50
Sesuai la untuk orang2 yang tak boleh subscribe postpaid sebab blacklisted

Apa istimewanya BLUE ni?
Panggilan suara 15 sen seminit
Kalo prepaid lain 36 sen tu seminit
Kadang2 sakit hati dibuatnya
Cakap beberapa saat pun dia charge seminit jugak
Istimewanya BLUE ni dia charge per blok
30 saat per blok
Means kalo kita guna 20 saat
Dia akan charge 7.5 sen je (30 saat terdekat)

SMS 6 sen
Sangat murah
Murah sangat la!
Kalo postpaid pun 8 sen
Kecuali kalo kita subscribe sms pack boleh la dapat 2 sen per sms
Itu pun kena bayar RM2 untuk sms pack per month

Hooo
Susah la nak cakap
Yang penting murah
Kepada awek2 tentera
Anak tentera
Wife tentera
or skandal-skandal tentera
Meh suro cik abang belikan
Sebab setiap aanggota tentera boleh subscribe sampai 4 pack

Kalo dah lebih drp 4 tu
Ish tu la korang sape suro tamau masuk tentera
Hehe

Lagi 1
Starter pack ni hanya boleh dibeli melalui 
Syarikat Maficomm sahaja
Diorang start jual hari ni 
Yang mana sebanyak 10,000 packs mula dijual

No comments: