Thursday, April 28, 2011

Tak Bayar Saman = Mahkamah = Penjara

Berair mata saya gelak
Baca email my friend F hantar
Macam tak percaya
Tapi itulah kenyataannya

Do read this dan ambillah pengajaran
Simpati tapi ayat sangat menggeletek
My offismate siap mintak fwdkan emel tu sbb nak baca
;)

Untuk makluman semua, pada selasa dan rabu yang lepas, saya ke Mahkamah Majistrit Kuala Kubu Bharu diatas pertuduhan tidak membayar saman JPJ yang dikenakan keatas diriku. Yer, aku kena saman. Yer aku lambat bayar. Bila g JPJ nak bayar, diorang kata dalam sistem diorang saman tu dah forward ke bahagian Mahkamah kerana telah melewati tarikh pmebayaran. So tunggu dan tunggu lah saya dari bulan 2 untuk ke mahkamah pada 27 Apr 11 (note the coincidence of navy day and my court hearing!!).

Setibanya saya di mahkamah saya tidak diberi apa-apa penerangan, Cuma diberitahu untuk berdiri apabila nama dipanggil (first time g mahkamah la kan… tak tau nak kene buat apa).

“Farah binti Mohamad Alhabshi” namaku dipanggil. Berdiri lah saya. Tiba2 ada seorang mamat pakai uniform polis suit2 saya untuk ikut dia. Saya pun ikut dia masuk ke kawasan bersidang, dan berdiri… berdiri sedia ke senang diri aku belasah jer… sopan2 aku meletakkan tangan di hadapanku.

Seorang mamat yang berdiri dihadapan Majistrit, “Memandu di lorong yang salah ketika menghampiri simpang” kesalahanku dibaca. Ku mengangguk tanda menda tu la yang aku buat pada 26 Dis 10 yang lepas.
Lantas anggukanku disahut oleh kata2 “ mengaku bersalah” oleh orang itu tadi.

“Ada apa-apa rayuan?” suara Majistrit kedengaran buat pertama kalinya.
Dalam kepala hotak aku, nak rayu apa lagi? Aku menantikan soalan yang menanayakan kenapa tidak bayar saman pada masa yang ditetapkan? 4 alasan kukuh telah ku sediakan sepanjang aku menuggu tarikh mahkamah itu. Lantas aku menjawab “tiada” kerana bersedia untuk memberi hujah kepada soalan berikutnya…

“Kalau tiada rayuan, saya bagi denda maksium: Kompaun RM 2000 dan penjara 6 bulan”. Terdiam ku seketka. RM 2000 tu aku boleh jelaskan, masalah sikit, tapi boleh. Yang tak tahan dek telinga dengar tu “PENJARA 6 BULAN”. Darahku mengalir dengan deras ke dalam kepalaku yang terasa lpong bagai nak rak….. terusa aku memandang “defence councel” aku. Dia membibirkan kata-kata “rayu, rayu”.

Hatiku panas. Panas sangat. Kenapa mangkok ni x cakap awal2 yang aku kena meraya pada tahap awal2 ini!! Ingat merayu lepas bagi alasan dan setelah Majistrit tanya banyak2 banyak soalan. Aku pandang dia sekali lagi. Bibirnya masih terkumat kamit mengatakan perkataan itu.

Sebab tidak tahu apa-apa, aku pun ikut “nasihat” orang yang ditugaskan untuk “membela” aku. “Saya merayu untuk dikurangkan hukuman yang Arif”. Majistrit pun ada sebut entah apa yang tidak didengar olehku… aku dibawa keluar dari mahkamah tersebut oleh polis tadi… sebelum meninggalkan bilik, saya kene “bow” / tunduk kepada Majistrit tanda hormat. Macam salute kita la…. Aku pun keluar.

Akhir sekali, saman yang berharga RM 80 itu kena bayar RM 250. Belum dicampur penat, lelah, stress, perjalanan pergi/balik dari kuantan ke KKB. In a nutshell, PAY ALL YOUR SUMMONSES ON TIME!!! Regardless of how buzy you are. Get your boys to do it for you if you must!! Do not let my experience be yours!


No comments: