Selama ni saya tak pernah pun nak ambil tahu apa itu tepak sireh and apa itu sireh junjung.
Yang saya tahu benda2 ni mesti kena ada dalam salah 1 barang hantaran.
Tapi bila nak kahwin ni macam2 persoalan saya timbulkan.
Apa beza tepak sireh and sireh junjung?
Adakah kita boleh kasi je mana2 kita nak?
Kalo rasa kedekut nak beli tepak sireh yang mahal tu
bagi je la sireh junjung. Asalkan kreatif nak menggubah (walaupun bukan tangan sendiri yang gubah)
Kesian kat sayang saya tu.
Mesti dia dah mental kot sebab saya suka tanya soalan pelik2 kat dia.
Hehe. Macam la dia ada pengalaman kan.
Walhal dia pun tak pernah kawen macam saya.
Balik dari mesyuarat kat Klang saya terus search internet.
Apakah perbezaan antara keduanya.
Rupa2nya tepak sireh membawa maksud meminang yang biasanya dibawa oleh pihak lelaki
manakalan sireh junjung pula menandakan penerimaan lamaran oleh pihak perempuan.
Lagi tinggi gubahan sireh junjung lagi bagus la kiranya. Hehe
Tapi kan sayang, sebenarnya saya dah beli tepak sireh tembaga
yang sangat cantik kat GMK tadi.
Sangat unik. Boleh tak awak guna nanti?
So, nanti kita turunkan ke anak cucu kita la nanti.
So, awak tak yah la guna Mak Mi punya kan?
by chrysalis.estrella

No comments:
Post a Comment