Thursday, August 12, 2010

1st Ramadhan 2010

Selepas setahun, malam ni saya kembali semula ke surau ni untuk solat tarawih bersama-sama.  Jika tahun lepas selepas selesai solat saya akan berdoa semoga saya lebih tenang untuk melalui hidup tanpa si dia walaupun keputusan perpisahan itu datangnya dari saya.  Sering rasa terganggu apabila menerima sms dari kekasih baru si dia. Dengan adanya Ramadhan saya lebih dekat dengan Allah.  Saya tidak tenang dan selalunya akan lebih tenang selepas solat Tahajud di malam hari dan selepas membaca doa menghilangkan duka yang saya hafal kerana saya sering rasa sedih dan sakit hati bila terima sms dari kekasih si dia.

Pertama kalinya saya duduk di atas sejadah, tetiba saya teringatkan si dia. Malam ini hilang segala benci dan marah pada si dia. Kalo saya jumpa awak saya akan berterima kasih sebab kalo awak tak berubah mungkin saya tak buat keputusan itu. Saya tak mungkin akan tinggalkan awak kerana wanita terlalu setia walaupun sedia mengetahui akan kecurangan di belakangnya. Kerana keputusan itu, saya jumpa soulmate saya sekarang. Dia dah lama di depan mata tapi saya butakan mata hanya kerana SETIA.

Kalau Ramadhan lepas doa saya lebih kepada minta ketenangan hati. Tapi Ramadhan kali ini doa saya lebih kepada semoga Allah redha dengan jodoh ini dan mempermudahkan semua yang sedang kami usahakan. Insya Allah, dengan redha keluarga kedua belah pihak dan kasih sayang yang tak pernah padam, saya akan sentiasa berusaha jadi isteri yang baik dan sentiasa jadi isteri yang menjadi ketenangan kepada suaminya. Bukan kerana pangkat awak sebagai suami tetapi sebab kasih sayang awak yang terlalu banyak akan buat saya malu kalau saya tak jalankan tanggungjawab saya sebagai orang yang paling rapat dengan awak.

Happy Ramadhan. =)


by chrysalis.estrella

No comments: