Friday, March 16, 2012

River Cruise

Sesungguhnya river cruise di waktu malam sangat indah kan
Lauan cruise

Suasana macam kat Venice
Tapi idaklah naik gondola
Bot tu pun hanya muat 30 org je kalau tak silap
Dibuka dari pagi sampai 11 malam sahaja
Tiket?
RM20 dewasa dan RM10 kanak-kanak
Tapi kalau warganegara Malaysia separuh harga je lah bayar yer

Tempat?
Tak jauh..kat Melaka je
Sejam lebih perjalanan dari KL

Niat asal nak p Jonker Walk
Tapi mereka ni suma sangat degil bila kau cakap hanya bukak weekend
Nak jugak p
Ok la p je la kan
Kasi puas hati mak-mak tiri suma ni
Hehe

Dua kereta la konvoi ke sana
Sumanya perempuan
3 orang je lalaki yang sibuk jugak nak ikut kononnya nak tunjuk jalan

@Dataran Pahlawan
Nak dijadikan cerita kan
Tutup la jonker walk tu bak kata abg beca
Yang ada hanya pub pub sahaja dibuka

Walapun jam sudah pukul 10 malam
Kuatkan jugak lah kaki ni berjalan ke lokasi River Cruise
Dulu sibuk ajak Mr Husband p
Tapi rupanya tak sempat p dengan Mr Husband
P ngan kawan-kawan dulu yer sayang
(sejak naik Libra Cruise dah jatuh cinta dengan cruising ni)

Nak dekat jam 11 jugak la baru turun dari cruise selepas menyeberangi sepanjang sungai 
dan 7 jambatan yang sangat cantik di Melaka ni
Sambil-sambil mendengar celoteh abg pemandu bot
Sempat aku salin nama-nama jambatan tu
Nampak jambatan je nak tangkap gambar
Tapi suma gambar tak memberangsangkan

Ni hah nama jambatan-jambatan tu:

Jambatan Kampung Morten
Kat sini rumah-rumah dia suma cantik-cantik
Dipanggil rumah raya hari-hari
Leh melawat rumah ni bila-bila masa je
Maintenance dan bil api rumah ni sumanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Melaka
Memang lampu sangat lah terang
Sampai ke bumbung ada lambu
Rumah paling besar of course la rumah penghulu dia
Dibina tanpa menggunakan paku
Hanya menggunakan pasak
Hanya bumbung ada paku

Jambatan Old Bus

Jambatan Hang Tuah
Rasanya jambatan ni kot paling cantik
Berwarna warni
Baru je siap dibaik pulih
dan dirasmikan pada 1 Jan 12

Jambatan Pasar

Jambatan Kg Jawa
Kampung Jawa ni tak dipamerkan kepada umum
Diorang cover dengan lampu berwarna warni yang dijadikan macam langsir
Dengarnya kampung ni perkampungan haram ke nak dijadikan perkampungan Arab
Aku x dengar sangat
Dah sakit kepala dah time ni
Depan madrasah Kag Jawa ni ada kedai sate yang sangat famous
Dari cruise (sungai) kita hanya nampak bahagian belakang je

Jambatan Chan Koon Cheng

Jambatan Tan Kim Seng
Kalau nak p Jonker Walk boleh ikut jambatan ni
Suasana macam kat China town macam dalam Movie
Ade replika naga yang sangat besar

Kat tepi-tepi sungai ni
Tak ingat sangat dekat dengan jambatan mana
Ada air terjun yang ikut rentak muzik
Dan sangat berwarna warni
Sangat cantik

Bila kita nak naik cruise
Kita kan nampak Hotel Casa del Rio belah kanan
Belakang tu Casa del Rio Hotel

Casa del Rio Apt

Casa del Rio belah kiri
ala-ala hotel kat Venice
Memang cantik
Tanya-tanya rate RM700++ per nite
Itu rate paling murah
Gila lah dah macam Golden Sand la pulak

On the way balik sempat la bergambar depan Muzium Samudera
@Muzium Samudera
Muzium TLDM tak tangkap la pulak
Muzium Kapal Selam sempat pergi
Will update about that later k



No comments: