Monday, October 21, 2013

Beijing - Forbidden City

Aku sangat teruja tengok Forbidden City ni
Pintu pagar dia memang tinggi la 
Sampai kita tak boleh predict apa yang ada kat dalam tu
Alaaa macam korang tengok drama cina yang ada maharaja tu
Kan pintu gerbang dia tertutup habis

Bukan macam pagar rumah teres yang boleh nampak keta parking kat dalam
Senibina bangunan dia memang aku puji
Dan aku puji diorang masih berjaya kekalkan bangunan ni
Walaupun dia dah berusia lebih 500 tahun

Dalam Forbidden City ni banyak istana-istana kecil untuk setiap maharani
Cuba korang teka berapa ramai maharani?
Berapa ramai gundik?
Maharaja kan kawen ramai ;)

Dalam beribu gundik hanya sorang je yang akan jadi maharani
Iaitu gundik yang berjaya mengandungkan anak lelaki pertama maharaja
Agak-agak korang sapa yang berjaya?
Dipercayai setiap gundik hanya boleh bersama maharaja selama 1 jam 
Setiap kali tiba turn diorang
Which is bukan selalu dapat bersama
Dalam 10 tahun mungkin sekali la diorang berpeluang bersama maharaja
Korang dah boleh imagine berapa ramai gundik dia
Means korang memang kena jadi kejam la 
Kalo dah pasang angan-angan nak jadi maharani kan
Pastikan tiada gundik yang berjaya lahirkan anak lelaki

Forbidden City ni sangat besar
Dalam pada aku dah 2 jam berjalan tuh
Tak larat hokayy
Penat..panas..Tapi tak lah sepanas Malaysia
Walaupun suhu Beijing lagi tinggi daripada Malaysia time tu
Kitorang masuk dari gate depan
Keluar ikut gate belakang
Gate belakang ni hanya untuk maharani dan gundik-gundik 
Gate depan untuk Maharaja sahaja
Maknanya kamilah Maharaja dan kamilah Maharani
Sebab dapat lalu dua-dua gate
Hehe

Kalo rasa nak perasan jadi Maharaj or Maharani
Bolehlah sewa baju dan tangkap gambar
Kat dalam Forbidden City

Bila kitorang kuar dari gate belakang
Seberang jalan kat atas bukit kitorang nampak 
Istana kat atas bukit
Rupaya itu adalah istana musim panas 
Tempat maharaja beristirehat
Ia dipanggil Summer Palace

Bila dah masuk bas
Yasmin citer
Sebenarnya kitorang lalu tak sampai 50% pun Forbidden City
Sebab sebelah kiri dan kanan Forbidden kitorang tak lalu
Kitorang hanya lalu ke depan sahaja


















No comments: