Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu


Ombak Rindu
Seakan satu fenomena
Walaupun novel Ombak Rindu
Karya Fauziah Ashari
Telah berada di pasaran sejak bertahun dulu
Saya masih ingat lagi
Betapa setianya saya dengan Majalah Remaja
Membaca rentetan novel ini saban bulan
Sehingga meneruskan pembacaan
Melalui pinjaman dari kawan yang memang hobinya mengumpul novel
Dan sekarang zaman remaja itu sudah ditinggalkan
Tiada lagi Majalah Remaja di rumah

Sejak november yang lalu
Suami asyik memberitahu ingin menonton filem Aaron ziz
Dalam hati PELIK!
Sejak bila suami meminati filem melayu
Bila kami menonton di Pavillion
Suami tunjukkan poster
'Bby, cietr ni la yang sayang cakap tu'
Oh! Ombak Rindu rupanya
Confirm saya tak menolak

Tetiba suami follow twitter Aaron Aziz
Haiyya!

1 Dis kami tengok
Ikut plan asal saya nak tengok kat kl
dan weekend baru nak tengok dengan suami
Since kami pun jauh kan

Tapi tetiba saya kena outstation di Lumut
Apa lagi..
Tengok dengan abang sayang la

Tak pernah-pernah tiket kat sini sold out
Tiket Ombak Rindu boleh sold out pulak
So we all tengok midnite

Esoknya mata susah betul nak buka
Sampai p taklimat pun lewat
My colleage siap cakap
'Nak berombak rindu sangat, amik kau berombak otak kau!'
Haha

Sedih!
Tapi asyik tahan air mata
Sebab bila part sedih suami tengok kita
Aiyo
Suami pulak bila part sedih
Minum air
Aik?! Tahan air mata ke sayang?
Haha
'Sayang masih berjaya kekalkan imej lelaki ganas'
Ceh! ;)

Esok di pejabat suami
Isu Ombak Rindu semakin hangat
Suami siap encourage yang tak kahwin p tengok
Belajar cara jaga suami macam Izzah

Aiyoo Izzah kenapa awak baik sangat
'Izzah dah lama maafkan abang'

Kalo saya la
Mesti kasi mukadimah kat Hariz dulu
Hehe

Suami kata
Dia paling suka
Part yang Hariz datang petang
Izzah siapkan minum petang
Tapi Hariz tertidur
Izzah bukakan stokin Hariz
Izzah baring atas dada Hariz
Hariz belai rambut Izzah
Suami kata nampak kasih yang sangat mendalam
Antara suami dan isteri
Kepada sesiapa yang masih belum menonton
Sila la tengok
Dijamin tidak mengecewakan!

Soundtrack dia sedih!
But I love it



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

No comments: