Sunday, February 6, 2011

Congratulations

Jodoh masing-masing Allah dah tetapkan kan?
Si polan dengan si polan
Walaupun kita berusaha sekeras mana
Tanpa jodoh saya percaya ia takkan berlaku
Walaupun saya percaya jodoh itu perlu dicari
Tapi biarlah dengan cara yang halal
Tanpa membina kebahagiaan atas kedukaan orang lain
Sebab hidup tu macam roda
Lambat laun Allah akan palingkan ia kepada kita sendiri
Dan kita akan terduduk
Astaghfirullah! Inikah yang dia rasa
Semasa dia dikhianati dulu


Macam tu jugak dengan 
Minat yang separuh jalan atau tanpa diusahakan bersungguh-sungguh
Hanya menyatakan minat dan mintak bantuan rakan bagi tahu
Akan minat itu
Si orang yang kamu minat takkan yakin
Adakah kamu bersungguh?
Kenapa tidak kau nyatakan sendiri minat itu?
Mengapa mesti melalui orang lain?
Berat bukan?
Bukan semua orang berani dan mampu menyatakan hasrat hati
Walaupun keikhlasan itu sebenarnya setinggi langit

Akhirnya orang yang kamu minat
Dipinang oleh orang yang lebih berani
Menyatakan hasrat hatinya

Namun alhamdulillah
Akhirnya kamu berjumpa dengan orang yang lebih berani
Membawa sinar dalam hati kamu
Untuk kamu jadi lebih berani
Menyatakan hasrat hati
Akhirnya 1 ikatan termetri
Walaupun sangat berbeza sempadan negeri
Dan loghat bahasa
Saya yakin kamu pasti bahagia
Kerana kamu orang baik-baik
Tahniah untuk kamu berdua
Konflik sentiasa ada dalam perhubungan
Sentiasa kembali kepada Allah
Kerana Dia sebaik-baik Petunjuk



by chrysalis.estrella

No comments: