Jangan ingat nak keje je kena interview
Nak kawen pun kena interview tau...
Hari ni meeting BAKAT
So bawa siap2 dokumen nak kasi kat ustaz
Cis! Ustaz xde pun ;(
Aku call cakap kat opis walhal suara macam orang baru bangun tdo.
Sedih ;(
Alamak Datin dah sampai
Meeting dulu
Abis meeting cari ustaz lagi
Aikk?! Xde lagi?
Ampeh jer.
Tengah nak makan dengar suara dia terus jerit panggil
Haha..
Dah pass borang dia suro temuduga terus lepas makan
Waaa..gila cepat
Tgh makan otak berjalan2..
Ish ape soklan dia nak tanya ni?
Dalam otak dah sibuk2 hafal Rukun Iman la Islam la
Haha
Tanya Setiausaha2 Bahagian ni apa soklan2 yang ditanya masa diorang nak kawen
Kelakar!
Ada yg dulu pernah ditanya Al-Fatihah tetiba blank tak reti baca.
Jumpa ustaz.
Eh Lan pun ada.
Siap leh tanya dia lagi
Ape soklan dia kena dulu
Gila cuak bila dia kata dulu dia 3x ulang temuduga sebab ustaz kat kapal dia
Suro dia baca doa nak bersetubuh
Haha
Gila
Aku pun tak tau! ;(
Last2 sessi temuduga berlangsung dengan orang yang ditemuduga
Tanya soklan pada penemuduga
Adoii! pelik la
Ngan doktor HIV dulu pun aku pulak tanya soklan banyak2
Macam2 kitorang borak
Rumahtangga hanya akan kekal dengan adanya ekonomi dan hubungan seksual yang baik.
Setuju.
Rumahtangga selalunya kacau bilau sebab ada hantu raya.
Hantu Raya?
Lorrr ingatkan hantu apa.
Rupanya orang ketiga.
Bila lelaki ada perasaaan nak bercinta2 ni bahaya.
Banyak kes.
Baru sebulan setengah kawen
Cerai.
Sebab suami belasah isteri.
Sekarang masih koma di hospital.
Mak aii ganasnya.
Pelik.
Kita kenal lama bakal suami kita.
Tapi tak sama.
Nanti dah kawen baru kenal siapa dia yang sebenarnya.
Masa bercinta dulu suma akan nampak sempurna.
Walaupun kita nampak dia ada kekurangan
Kita akan nafikan.
Tapi bila dah kawen
Kita akan mula salahkan dan kritik kelemahan pasangan kita.
Jadi belajar terima pasangan kita seadanya.
Masalah lain selalu timbul
Bila isteri mula mengandung dan selepas bersalin
Bentuk badan semua berubah
Ajar suami kenal tubuh badan wanita
Sebab kalo tak nanti dia terkejut dan tak boleh terima
Bila dia lakukan seks dia tak rasa apa
Sebab laluan dulu dah lain
Laluan dah digunakan untuk anak keluar
Tapi jangan takut
Jangan takut bersalin normal
Bentuk badan akan kembali normal
Tapi ambil masa
Suami kena paham dan tau ini semua
Jika tak
Maka nanti akan timbul pula kisah suami makan luar
Belajar komunikasi berkesan
Kalau ada 25 kaedah
Belum tentu semuanya boleh diaplikasikan
Perhati dan teliti
Kaedah mana yang sesuai untuk berkomunikasi dengan dia
Sebab manusia ego
Tak mahu mengaku salah
Jadi tegurlah dengan kaedah yang paling sesuai
Jika ada masalah yang rasanya tak boleh diselesaikan berdua
Minta pandangan pihak ketiga
Yang tiada sebarang hubungan dengan kamu berdua
Yang pandangannya kamu boleh dengar dan teliti
Jangan sesekali membuat perbandingan
Orang itu macam itu
Kenapa kita tak macam itu
Pasangan itu bahagia
Kenapa kita tak bahagia
Kita ibarat pemandu
Berapa laju nak speed?
180km?
Boleh aja
Tapi di jalan yang sempit 180km/j maka berlanggarlah dengan orang lain
Perjalanan itu kita yang kemudi
Dengan kaedah kita sendiri
Tapi apa matlamat yang dicari?
Bahagiakah?
Kekecewaan kah?
by chrysalis.estrella
No comments:
Post a Comment