Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu, bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatmu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan yang sebenar.
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang diriMu.
Jika engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
by chrysalis.estrella
No comments:
Post a Comment