Saturday, September 18, 2010

Advised From My Sister

Terkejut bila terjumpa note in my notebook wrote by my sister.
Here the notes:

For Qomariyah Junaidi:

I give this special for you, my sister
and I hope you read and practice when you 
married with your love.
Jadikan apa yang ko lalui selama ni sebagai panduan.
Jadikan panduan itu sebagai ilmu apabila ko kahwin kelak.
Ambil pengajaran yang terbaik dan
Jangan amalkan yang terburuk.
Ketahuilah olehmu,
Pabila engkau melahirkan anak kelak.
Sayangi mereka seadanya.
Jangan sesekali ko bezakan kasih sayangmu kerana
Jika ko berikan kasih sayang
Mereka akan membalasnya.
Tapi jika ko berikan kebendaan,
Mereka pasti akan berikan itu juga.
Ingatlah itu kakakku.

Basically itu masih bukan nasihat.
Itu just mukadimah.
Here all the nasihat.
Diambil daripada nasihat Asmah binti Kharnah Fasari kepada anaknya:

" Wahai puteriku, kini engkau telah keluar dari sarang
tempat engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.
Kini engkau akan pindah ke tempat dan keadaan yang belum engkau kenal,
dan engkau harus menemani seseorang juga yang  belum engkau kenal.
Ketahuilah wahai anakku, orang itu adalah suamimu.
Jadilah engkau sebagai tanah dan dia adalah langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai dan dia sebagai tiangmu.
Jangan engkau membebankannya dengan berbagai kesusahan,
sebab akan menjadikan ia akan meninggalkanmu.
Jangan engkau terlampau menjauhinya,
agar ia tidak melupakanmu.
Kalau ia mendekatimu, maka dekatilah ia pula,
dan sekiranya ia menjauhimu, maka jauhilah ia dengan baik."

"Wahai puteriku, peliharalah suamimu dengan baik,
hidungnya, matanya dan lain-lainnya.
Jangan sampai suamimu itu mencium sesuatu darimu kecuali yang harum,
Jangan pula ia mendengar perkataanmu kecuali dengan suara yang merdu,
dan jangan pula suamimu
melihatmu kecuali yang indah dari dirimu.
Jadikanlah dirimu sebagai sendi utama di dalam rumahmu.
Hendaklah kamu lebih banyak duduk di bilik rumah suamimu,
dan janganlah kamu menyelidiki keburukannya.
Seorang isteri itu harus sedikit bicara dengan tetangganya.
Janganlah kamu memasuki rumah tetanggamu
melainkan setelah mendapat izin dari orang yang punya rumah."

"Seorang isteri hendaklah selalu menjaga hak suaminya,
baik pada waktu ia sedang tidak ada di rumah ataupun
ketika ia berada di rumah.
Hendaklah diusahakan agar suamimu itu selalu gembira hatinya
ketika ia berada di sampingmu.
Janganlah sekali-kali seorang itu mengkhianati dirinya sendiri atau hak milik suaminya."

"Apabila telah mendapat izin keluar rumah,
hendaklah seorang isteri itu berjalan dengan sembunyi-sembunyi,
berpakaian sederhana, tidak menunjuk-nunjukkan tubuh atau pakaiannya.
Hindarilah bercakap-cakap di jalan-jalan dengan lelaki yang bukan muhrim."

"Apabila seorang teman suamimu minta izin kepadamu
untuk masuk ke rumah, sedangkan pada waktu itu suamimu tidak ada,
maka janganlah engkau mengizinkannya atau mencuba bercakap-cakap dengannya.
Hendaklah kamu cemburu pada dirimu sendiri dan mengeri akan kecemburuan suamimu."

"Seseorang isteri hendaklah merasa puas dan bersyukur
dengan apa yang ada pada suaminya baik rezeki yang diberikan Allah kepadanya.
Isteri pula berkewajipan selalu membersihkan diri, sentiasa setia dalam segala keadaan.
Isteri juga wajib bersikap belas kasihan terhadap anak-anaknya,
menjaga serta menutupi keburukan mereka.
Jangan mudah memaki anak-anak
atau berbuat sesuatu yang kurang menyenangkan hati suaminya."



by chrysalis.estrella

No comments: